Wednesday, October 22, 2008

heheh..bca jgan x bca

ggu ni, minggu menonton bagi aku. Weekdays aku habiskan dengan menonton dvd yang banyak aku beli di penang dengan ajune, tapi banyak yang belum ditonton. Weekend aku menonton The Happening antara favourite director aku - M. Night Shyamalan dan Get Smart – comedy action lakonan Alan Arkin. The Happening garapan pengarah India yang brilliant ketika mengarah The Sixth Sense kurang happening dalam movie terbarunya ini. Aku cuma tertarik dengan isu kesedaran alam sekitar dan ironinya dalam kehidupan manusia. Yang lain-lain, movie ini biasa-biasa aje. Ditambah dengan Mark Walberg yang tidak tampil berkarektor dalam ini filem dan plot yang semakin ber-aurakan Hollywood sangat-sangat. Bad written. Bad written…Get Smart bikin aku ketawa agak berdekah. Lakonan Alan Arkin bersahaja. Mimik mukanya saja buat kita nak tergelak. Tak macam filem kita yang mencuba gila babi untuk buat penonton ketawa. Pelakon dalam filem yang gelak macam kuda, tapi kita kat luar ni senyum sinis je. Bukan tak nak gelak, tak boleh nak gelak. Sakit hati! Tapi antara movie yang aku tonton lewat minggu ini, aku paling tertarik tentang filem dokumentari tentang seorang anak lelaki. About a son.


Ramai yang mengaku gilakan Nirvana dan Kurt Cobain. Kalau perhatikan remaja kat luar sana - 10 orang, at least seorang akan memakai baju wajah si Kurt Cobain atau kumpulan Nirvana. Hampir semua anak-anak muda menganggap mereka adalah band lagenda yang sangat hebat. Jika siapa yang tidak menghafal bait lagu ‘Come as you are’ dianggap seolah tak pernah hidup. Namun adakah dengan menyarung baju wajah Kurt Cobain dan dengan bangga menunjukkannya pada awek-awek jalanan, mereka-mereka ini tahu tentang sejarah dan perjuangan beliau?


Kurt Cobain adalah tunjang kepada Nirvana. Kisah hidupnya dibukukan juga difilemkan. Banyak boleh didapati di took-toko buku berdekatan. Paling malas pun, boleh guna internet. Search sahaja. Semuakan dihujung jari sekarang. Aku tahu ramai kat luar sana yang tahu dan arif mengenai riwayat hidup Kurt yang mati muda ketika usia 27 tahun. Namun dvd yang aku tonton ini berlainan daripada movie yang pernah menceritakan tentang beliau. AJ. Schnack pengarah filem bercorak dokumentari tentang Kurt Cobain dengan tajuk About A Son memaparkan interview seorang journalist Michael Azerrad dengan Kurt sendiri dirumahnya pada December 1992 setahun sebelum kematian Kurt. Wartawan tersebut telah membukukan interview tersebut yang dirakam selama lebih 25 jam didalam buku yang ditulisnya “Come as You Are: The Story of Nirvana.”


Dalam filem ini, Kurt mendedahkan tentang kehidupan peribadinya daripada zaman kanak-kanak sehingga remaja. Dimana beliau menyedari minat terhadap muzik dan bagaimana beliau terdedah dengan populariti dan cara mengawalnya. Perbualan wawancara itu tidak pernah didengari mana-mana media dan sejujurnya membuat kita belajar mengenali Kurt melalui pemikirannya. Setiap butir kata-kata Kurt mempunyai falsafah yang kuat sekuat lirik dalam lagu-lagu Nirvana.


Movie ini berjalan tanpa visual-visual Kurt Cobain atau Nirvana, cuma dipaparkan lokasi, subjek, objek-objek yang menvisualkan apa yang Kurt sebutkan di dalam jawapan yang ditanya (the interview). Fokus movie ini adalah memberikan gambaran simbolik terhadap setiap ekspresi, pemikiran dan kata-kata lagenda rock ini. Sebagai contoh, apabila bercerita mengenai pekerjan bapanya, ditayangkan footage lelaki bekerja di lumber yard. Apabila Cobain berbicara tentang Seattle, diskrinkan pula imej Seattle Record Stores, jalan raya dan highway di Seattle. Pada mulanya aku agak terganggu dengan gambaran-gambaran imej, dan hanya kedengaran suara Kurt Cobain yang tenggelam timbul, tapi lama kelamaan ia membuatkan aku berfikir tentang setiap simbolik imej-imej tersebut. Aku selalu dengki dengan filmmaker yang selalu berjaya membuat simbolika imej dalam filem mereka. Yang paling aku jealous ialah Wong Kar Wai. Ramai yang mengecam filem ini kerana style direction yang cuba dibuat oleh pengarahnya. Beliau membalas :


“It was more about bringing him into the realm of a three-dimensional human being, not the cartoon rock icon. It’s not a look back at Kurt, it’s a look into Kurt”.


Movie ini menyorot kehidupan Kurt Cobain dengan latarnya di Aberdeen, Olympia dan Seattle. Tiada langsung lagu-lagu Nirvana melatari filem ini dan hanya score muzik oleh Death Cab for Cutie’s Ben Gibbard dan koleksi lagu-lagu yang menjadi inspirasi Cobain seperti Queen, David Bowie, Mudhoney dan Iggy Pop (aku baru aje belajar dengar Iggy Pop. Hish.Teruknya aku!)


Antara isi filem ini, Cobain teringat bagaimana beliau mencuri dengar kaset lagu Queen – News of the world sehingga mengeringkan bateri van ayahnya. Lebih suka membiarkan pelajar-pelajar di sekolahnya mengatakan dia seorang gay daripada membetulkannya. Juga kedengaran Cobain membuat pengakuan – aku selalu berfikir tentang kematian sepanjang hidup aku. Juga di akhir-akhir wawancara kita akan mendengar suara Courtney Love, isteri Cobain dengan suara yang mengantuk meminta Cobain membawa air untuk anak perempuannya.


8 April 1994, Kurt ditemui mati dikediamannya di Seattle dengan tembakan pistol di kepala dan sistem peredaran badannya diliputi dengan dadah juga nota yang ditulis sebelum mati. Perdebatan mengenai kematian Kurt masih diperbincangkan dan dianggap penuh misteri. Ramai penulis mengambil kesempatan merungkai kematian Kurt dalam beberapa buah buku. "Who Killed Kurt Cobain? The mysterious death of an icon" juga "Love and Death" antara koleksi yang ada di pasaran. Perdebatan ini secara personal tidak mengujakan aku. Aku percaya apa yang Kurt beri dalam muzik dan lagu-lagunya sudah cukup besar untuk dikenang sebagai seorang lagenda rock yang tiada gantinya. Aku percaya hampir separuh majoriti rakyat di dunia ini kenal akan Kurt dan Nirvana dan masih menjadikan lagu-lagu mereka sebagai siualan dan inspirasi.


About a son meninggalkan khalayak dengan beberapa keping wajah Kurt Cobain di atas stage dan diwaktu senggangnya. Walaupun ia hadir di minit-minit terakhir, ia beri kesan yang mendalam. Pada waktu ini, aku dapat merasakan betapa besar pengaruh Kurt dan Nirvana dalam revolusi muzik dunia. Sangat besar.


Lagu ni aku dengar hampir beberapa kali ketika menulis entry ini. Lagu ini ramai yang ingat lagu Nirvana, tapi sebenarnya milik David Bowie. Kurt Cobain dan Nirvana telah meng’cover lagu ini seolah menjadi milik mereka.


We passed upon the stair
We spoke of was and when
Although I wasn't there
He said I was his friend
Which came as a surprise
I spoke into his eyes
I thought you died alone
A long long time ago

Oh no, not me
We never lost control
You're face to face
With The Man Who Sold The World

I laughed and shook his hand
And made my way back home
I searched for form and land
For years and years I roamed
I gazed a gazeless stare
At all the millions here
I must have died alone (Alt: I must have died along)
A long, long time ago

Who knows?
Not me
We never lost control
You're face to face
With the Man who Sold the World


Kata-kata Kurt

-If you die you're completely happy and your soul somewhere lives on. I'm not afraid of dying. Total peace after death, becoming someone else is the best hope I've got.

-The duty of youth is to challenge corruption.

-I was looking for something a lot heavier, yet melodic at the same time. Something different from heavy metal, a different attitude.

No comments: